JAWATAN KOSONG UNTUK KAKITANGAN OPERASI (atau dalam Bahasa Inggeris, Operation Staff)
Tarikh tutup permohonan : 30 November 2024
Tugas:
Memastikan harta benda & bangunan syarikat dalam kondisi yang baik.
Tugasan yang melibatkan memandu kereta apabila diperlukan.
Tugas-tugas lain apabila diperlukan oleh pihak atasan daripada semasa ke semasa.
Syarat & Keperluan:
Memiliki MyKad yang sah
Memiliki lesen kereta yang sah
Bersedia untuk kerja lebihan masa jika diperlukan (gaji lebihan masa akan diberi)
Mempunyai sikap jujur, tekun, serta sikap ingin belajar benda baru dalam melaksanakan sesuatu tugasan
Cara-cara untuk memohon jawatan ini:
(1) Memohon jawatan ini menerusi online / atas talian
Anda boleh mengisi borang permohonan menerusi online / atas talian dengan menekan butang di bawah:
ATAU
(2) Pergi ke pejabat kami untuk mengisi borang permohonan
Anda boleh pergi ke pejabat kami untuk mengisi borang permohonan. Untuk ke pejabat kami, anda boleh menggunakan applikasi-applikasi seperti berikut:
Waze
Jika anda ada applikasi Waze di dalam telefon bimbit anda, anda boleh klik link / pautan ini:
https://waze.com/ul/hw8c147bbt
Google Maps
Jika anda ada applikasi Google Maps di dalam telefon bimbit anda, anda boleh klik link / pautan ini:
https://maps.app.goo.gl/jabnhVE1y9ZPkYn16?g_st=iw
Tidak menggunakan apa-apa applikasi telefon pintar (mencari lokasi pejabat kami secara fizikal dan manual)
Jika anda tidak menggunakan apa-apa applikasi pintar di dalam telefon bimbit anda, anda boleh mencari pejabat kami di kawasan Taman Yakin Commercial Centre. Lokasi pejabat kami tidak jauh dari Sterling Apartment Suites, Miri. Pejabat kami juga bersebelahan dengan pejabat Velosi (M) Sdn Bhd, Miri dan International Car Air-Cond Parts & Service, Lorong Jee Foh 5 Krokop, Miri.
Alamat pejabat kami adalah seperti berikut:
USW Holdings Sdn Bhd , Tingkat Satu, Lot 2105, Taman Yakin Commercial Centre, Block 5 , M.C.L.D.,
98008, Miri, Sarawak.
Untuk mengetahui lanjut mengenai jawatan ini, pemohon digalakkan untuk melihat Soalan yang Selalu Ditanya oleh Pemohon di bawah.
▼ SOALAN YANG SELALU DITANYA OLEH PEMOHON JAWATAN KAKITANGAN OPERASI▼
Apakah itu USW Holdings?
USW Holdings adalah syarikat pelbagai yang mempunyai fokus utama dalam perniagaan stesen minyak dan hartanah. Syarikat ini juga merupakan syarikat berdaftar di bawah undang-undang Malaysia.
Di manakah tempat saya akan ditemu duga?
Tempat temu duga pemohon yang disenarai pendek adalah di pejabat utama kami iaitu di kawasan Taman Yakin Commercial Centre (sebelah pejabat Velosi). Anda boleh menggunakan applikasi Waze di dalam telefon bimbit pintar anda dan cari USW Holdings Sdn Bhd di dalam applikasi tersebut untuk ke lokasi pejabat utama kami.
Di manakah tempat saya bekerja?
Sekiranya anda diterima bekerja, tempat pekerjaan utama anda adalah di kawasan Pujut 7.
Bolehkah saya tahu masa bekerja untuk Kakitangan Operasi?
Waktu bekerja adalah pada Isnin-Jumaat (8:00 pagi-5:00 petang, masa berehat 12:00 tengahari-1:30 petang), juga pada minggu pertama dan ketiga sabtu (8:00 pagi-12:00 tengahari (setengah hari)) .
Boleh saya tahu berapakah gaji saya?
Gaji adalah berdasarkan pengalaman pemohon. Pastikan anda telah letak jumlah minimum gaji bulanan yang anda harapkan di dalam borang permohonan anda.
Adakah saya perlu menghantar resume saya sekali dengan borang permohonan?
Kami tidak akan menerima resume untuk memohon jawatan ini. Jadi, anda tidak perlu menghantar resume anda untuk memohon jawatan ini.
Bolehkah saya memohon jawatan ini dengan hanya menghantar resume?
Kami hanya menerima pemohon yang mengisi borang permohonan kami sediakan untuk memohon jawatan ini, sama ada di atas talian/online menerusi laman web bit.ly/borangusw atau melalui pejabat kami sahaja. Sekiranya anda menghantar resume anda kepada kami, kami akan meminta anda untuk memindahkan maklumat resume anda ke dalam borang permohonan yang kami sediakan.
Saya mempunyai kemahiran yang lemah untuk SEMUA kemahiran-kemahiran yang dinyatakan di dalam borang permohonan. Adakah saya masih boleh disenarai pendek untuk ke sesi temu duga?
Walaupun anda lemah kepada semua jenis-jenis kemahiran yang dinyatakan di dalam borang permohonan, anda mungkin masih akan disenarai pendek untuk ke sesi temu duga. Ini kerana salah satu syarat & keperluan untuk mengisi kekosongan jawatan ini adalah untuk mempunyai sikap yang jujur, tekun, dan sikap ingin belajar benda baru dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
Bagaimanakah jika saya ingin bertanyakan soalan lain?
Anda boleh WhatsApp kami di talian 014-3402055. Anda juga boleh menghubungi Encik Hariz pada waktu berkerja di talian 085-416882.